Langkau ke kandungan

Terma Perkhidmatan

Kemas kini terakhir: 9 Oktober 2026

Ringkasnya

  • Data yang dimasukkan ke dalam edu365 adalah milik sekolah. Kami hanya menyimpannya bagi pihak sekolah.
  • Sekolah boleh mencuba semua ciri secara percuma selama 14 hari.
  • Langganan dibayar setahun sekali, satu harga untuk seluruh sekolah.
  • Jika sekolah berhenti melanggan, data masih boleh dilihat dan dimuat turun selama 90 hari sebelum dipadam.

1. Siapa kami dan siapa anda

edu365 dibangunkan dan diuruskan oleh J&M Tech Resources ("kami"). Terma ini ialah perjanjian antara kami dengan sekolah yang melanggan edu365 ("sekolah").

Guru yang mendaftarkan sekolah menjadi Pentadbir Sekolah yang pertama dan bersetuju dengan terma ini bagi pihak sekolah. Guru lain yang menggunakan edu365 di sekolah itu juga perlu mematuhi terma ini.

2. Apa yang kami sediakan

edu365 ialah fail meja digital untuk unit sekolah. Guru menyimpan buku laporan perjumpaan, kehadiran murid, takwim dan fail unit dalam talian. Ketua Unit menyemak laporan, GPK atau Guru Besar mengesahkannya, dan pentadbir melihat ringkasan seluruh sekolah.

edu365 tidak menggantikan sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemarkahan PAJSK, penarafan SK@S dan data rasmi murid kekal dalam sistem KPM.

3. Akaun dan log masuk

4. Percubaan, harga dan bayaran

Setiap sekolah baharu mendapat percubaan percuma 14 hari dengan semua ciri dibuka. Tiada bayaran dikenakan sepanjang percubaan.

Harga langganan setahun bagi seluruh sekolah, tanpa had bilangan guru:

Jenis sekolahHarga setahun
Sekolah rendah dan sekolah menengahRM799
Sekolah Pendidikan Khas (SKPK dan SMPK)RM490

Kelas PPKI dalam sekolah biasa tidak dikenakan bayaran tambahan. Langganan diurus oleh Pentadbir Sekolah, Guru Besar atau guru yang dilantik sekolah dalam halaman Langganan & Bayaran:

Jika harga berubah, harga baharu hanya terpakai pada tahun langganan berikutnya, dan kami akan memaklumkan sekolah sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal.

5. Data sekolah

6. Cara penggunaan yang tidak dibenarkan

Sekolah dan guru tidak boleh:

Kami boleh membekukan pendaftaran yang palsu atau akaun yang melanggar terma ini. Kami akan memaklumkan Pentadbir Sekolah sebelum berbuat demikian, kecuali dalam kes yang mendesak.

7. Laman berfungsi dan penyelenggaraan

Kami berusaha supaya edu365 sentiasa boleh dibuka. Sasaran kami ialah laman tidak terhenti lebih daripada kira-kira 3 jam 40 minit dalam sebulan.

Kerja penyelenggaraan yang dirancang akan dimaklumkan lebih awal dan dibuat di luar waktu persekolahan sebolehnya. Jika laman terhenti melebihi sasaran, kami akan menerangkan puncanya kepada sekolah, tetapi tiada bayaran ganti rugi diberikan.

Salinan data dibuat setiap malam dan disimpan 30 hari, manakala salinan bulanan disimpan 12 bulan. Jika berlaku kesilapan besar, sekolah boleh meminta kami memulihkan data daripada salinan ini.

8. Apabila langganan tamat

9. Had tanggungjawab

Kami menyediakan edu365 dengan sebaik mungkin, tetapi tidak dapat menjamin laman ini bebas sepenuhnya daripada gangguan atau kesilapan. Sekolah masih bertanggungjawab menyemak ketepatan rekod yang dimasukkan.

Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah tanggungjawab kami kepada sekolah tidak melebihi bayaran langganan yang dibayar oleh sekolah bagi tempoh 12 bulan sebelum sesuatu tuntutan dibuat.

10. Perubahan terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan kecil akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh baharu. Jika perubahan itu menjejaskan hak sekolah, kami akan memaklumkan Pentadbir Sekolah melalui e-mel sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ia berkuat kuasa.

11. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

12. Hubungi kami

J&M Tech Resources
E-mel: admin@jmtechresources.my